Monday, June 8, 2009

...Our j0urney 2 Makkatul Mukarramah...

Perjalanan untuk pergi ke Mekah sungguh mendebarkan kerana ini adalah pengalaman pertama bagi semua peserta Lambaian Kaabah 09.Peserta Lambaian Kaabah 09 terdiri daripada 20 orang pelajar dan beberapa orang guru dan waris masing-masing.Semuanya adalah 40 orang.Kami semua berkumpul di KLIA pada jam 12 tengah hari.Selepas itu semua peserta pergi solat jama' zohor dan asar di musolla.Pada jam 2.30 petang semua peserta diarah berkumpul untuk diberikan passport dan kad travel masing-masing.Pelajar-pelajar yang bertolak dari KLIA bersalaman dengan ibu-bapa dan ahli keluarga masing-masing.Sungguh menyedihkan,ada yang sampai ibu bapanya menangis.Sunnguh terharu.Selepas itu,Pada jam 4.30 petang telah berangkatlah semua peserta Lambaian Kaabah 09 ke Sri Lanka dan seterusnya ke Makkatul Mukarramah dengan menaiki Kapal Terbang Sri lankan Airlines...




Ini adalah gambar semasa berada di hotel kat sri lanka..bez giler..hotel ni kt tepi pantai.Makanan dier pun sedap..ada swimming pool lagi but tak leh mandi sebab kena pakai underwear..hahaha..kat situ jugak ada gym..memang puas hati lah..



Setelah sampai di Lapangan Terbang di Jeddah, kami semua diarahkan untuk mengangkat barang-barang dan memasukkannya kedalam bas.Disitu telah berlaku sedikit insiden yang mana seorang daripada kawan kami tertinngal passportnya di dalam beg dan beg itu telah dimasukkan di dalam bas.Ini telah menyebabkan semua peserta lambaian kaabah 09 menunggu selama lebih kurang 1jam.Ini adalah ujian pertama bagi semua peserta lambaian kaabah 09 tetapi semuanya menunggu dengan penuh kesabaran.Selepas itu kami semua bertolak dengan menaik bas ke masjid di Jeddah untuk solat dan makan malam.Setelah selesai,kami semua menaiki bas semula untuk bertolak ke Madinatul munawwarah.Setelah beberapa jam berada di dalam bas,akhirnya sampai juga kami di Madinatul munawwarah.Semua peserta sangat bersyukur kehadarat ilahi kerana selamat sampai di tanah haram itu.Gembiranyerrrrrrrrrr




Sekolah kami telah mengadakan majlis khatam al-Quran bersama seorang sheikh di Mekkah. Kami bersyukur dapat dapat berjumpa dengan beliau kerana beliau merupakan salah seorang sheikh qiraat yang terkenal di Mekkah. Kami juga diberi nasihat dan tunjuk ajar daripada beliau mengenai ilmu qiraat dan juga mendoakan kami berjaya di dunia dan di akhirat.
INSYAALLAH......

No comments:

Post a Comment